PERMOHONAN UNTUK SKIM PEGAWAI GRADUAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PENGAMBILAN GRAUAN UNTUK BERKHIDMAT
SEBAGAI PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
ANGATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
berkhidmat sebagai Pegawai alam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia(TDM),Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM),Tentera Uara Diraja Malaysia (TUDM)
SYARAT KELAYAKAN
1.Umur (Pada 28 Feb 2009):
a. Calon Graduan Senarai Tugas Am:
Tidak Melebihi 27 tahun
b.Calon Graduan Senarai Tugas Ikthisas:
Tidak Melebihi 30 tahun.
2.Fizikal
a. Tinggi minimum:1.57m (Lelaki)/1.47m (Wanita)
b. Berat minimum:47.5kg (Lelaki)/40.5kg (Wanita)
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja):76sm
d. Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9
3. Jantina
a. Lelaki - Untuk semua jawatan dalam Senarai
Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtsas.
b.Wanita - Untuk jawatan Senarai Tugas Am Sahaja.
Calon-calon terhad kepada yang berkelayakan Sarjana Muda
(Kepujian) Sain Komputer sahaja.
4.Taraf Kesihatan: Bagi mereka yang berkaca mata,
keupayaan maksimum penglihatan tana kaca mata ialah
6/12.Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan
oleh Pegawai PerubatanATM iaitu memenuhu taraf darjah kerja
TATADEMOT (DKT) : 'Forward Everywhere' (FE).
5.Kelayakan Akademik:
a.Syarat Am: Ijazah Sarjan Muda (Kepujian) atau
Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam jurusan yang
berkaitan.Calon-calon juga perlu lulus SPM/SPMV atau
kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus
Ujian Lisan),Matematik.Bahasa Inggeris dan Sains
(atau lulus mata pelaran Fizik atau Kimia)
b. Jurusan yang diperlukan:
(1) Senarai Tugas Am
(a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam
bidang-bidang berikut:
-Undang-undang (Awam/Maritim)
-Pengurusan Sumber Manusia
-Sains Komputer
-Sains Sukan
-Bahasa Inggeris
-Perhubungan Awam/Komunikasi Massa
-Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel/Pelancongan
-Kejuruteraan Awam
-Kejuruteraan Elektri/Elektronik
-Kejuruteraan Mekanikal
-Kejuruteraan Kimia
-Kejuruteraan Automotif
-Kejuruteraan Komputer
-Kejuruteraan Aeronautikal
-Kejuruteraan Petroleum
-Seni Bina
-Multimedia
-Perakaunan
-Media Massa (Penyiaran)
-Teknologi Makanan
-Perhubungan Antarabangsa
(b) Diploma dalam bidang-bidang berikut:
-Pengurusan Sumber Manusia
-Pengurusan Teknologi dan Maklumat
-Pengurusan Logistik
-Kejuruteraan Komputer
-Kejuruteraan Awam
-Kejuruteraan Mekanikal
-Kejuruteraan elektrik dan Elektronik
-Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel/Pelancongan
-Perhubungan Awam
-Teknologi Maklumat
-Ukur Tanah
-Perakaunan
-Sains Sukan
-Sains Komputer
(2) Senarai Tugas Ikthisas
(a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam
biang-bidang berikut:
-Kejuruteraan Awam
-Kejuruteraan elektrik/Elektronik
-Kejuruteraan Mekanikal/Marin
-Kejuruteraan Seni Bina Kapal/Naval Architecture
-Ijazah Sarjana Muda dengan pendidikan
(Kepujian) dalam jurusan Matematik/Fizik/
Kimia/Biologi/Bahasa Inggeris/TESL
-Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dan Diploma
Pendidikan dalam jurusan Matematik/
Fizik/Kimia/Biologi/Bahasa Inggeris/Tesl/
Pengajian Islam
-Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Ilmu
Pengajian Islam
6.Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Calon-calon yang memiliki Ijazah atau diploma dari
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
tempatan dan luar negara perlu mendapatkan salinan pengesahan
pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA-
www.jpa.gov.my GAJI DAN ELAUN
7.Gaji. Gaji akan mengikut skim gaji SSM yang masih berkuatkuasa bagi perkhidmatna ATM
8.Faedah-Faedah Perkhidmatan. Faedah-faedah perkhidamatan yang disediakan oleh ATM ialah seperti berikut:
+Imbuhan Tetap Perumahan - RM 420.00 hingga RM 450.00 sebulan (sekiranya tidak diperuntukkan rumah keluarga)
+Tuntutan Pakaian Istiadat - RM 1500.00 (3 tahun sekali)
+Elaun Senggaraan Pakaian Seragam - RM 500.00 (setahun sekali)
+Imbuhan Tetap Khidmat tentera - RM 170.00 hingga 300.00 sebulan
+Tuntutan Perjalanan Ke Tempat Kerja-RM 200.00 maksimum sebulan(sekiranya tidak diperuntukkan kenderaan
ke tempat kerja)
+Bayaran Insentif Semenanjung (bagi yang lahir di Sabah dan Sarawak sahaja)
+bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (berkhidmat di Sabah dan Sarawak)
+Rawatan / Perubatan Percuma (temasuk ibubapa)
+Elaun Bantuan Sara Hiup (COLA)
SYARAT-SYARAT sKIM pERKHIMATAN
9. Calon-calon yang terpilih akan ditauliahkan sebagai pegawai mengikut perkhidmatan masing-masing. Perlantikan dan
pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yanf sedang berkuatkuasa serta pindaan-
pindaan yanf dibuat ke atasnya dai semasa ke semasa.
Cara Permohonan
10.Pemohonan boleh dibuat adalah dengan menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a.Salinan Ijazah/Diploma
b.Salinan Sijil SPM atau setaraf
c.Salinan Transkrip Akademik
d.Salinan Kad Pengenalan
e.Salinan Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja)
f.Salinan Pengesahan Pengiktirafan JPA (sekiranya berkaitan)
g.Progil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini
h.Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem RM1 dan Beralamat Sendiri.(Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat
pilihan anda sama ada Tentera Darat Malaysia,Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara diraja Malaysia).
i.Sila bawa okumen-dokumen asal semasa malapor diri di pusat pemilihan yang akan imaklumkan kemudian.
11.Permohonan yang telah lengkap hendaklah dehantar kepada:
Markas Angkatan Tentera Malaysia,Bahagian Perkhidmatan Anggota,
Cawangan Tenaga Kerja,Kementerian Pertahanan,(Untuk Perhatian: Sel C),
Karung Berkunci no:11006. 50634 KUALA LUMPUR
Atau
Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja,Bahagian Perkhidmatan Anggota,Kementrian Pertahanan,Jalan Padang Tembak,
Kuala Lumpur dengan membawa dokumen-dokumen seperti di atas.
UNTUK PERTANYAAN:
Talian:03-20714524,03-20714526,03-20712387, 03-20712391
Talian Bebas Tol:1-800-88-7588
No Faks: 03-26985341, 03-26986235
Email:ctk.mtk@mod.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan:8 OGOS 2008
MAKLUMAT PENTING:
+Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas.
+hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga
di pusat pemolihan yang ditetapkan.Mereka yang tidak menerima sebarang tawaran
temuduga dan ujian pemilihan DUA (2) MINGGU dari terikh tutp permohonan adalah dianggap tidak berjaya.